


AYUH GERAKKAN LANGKAH MU!
Kempen melawan naratif Israel dalam tempoh setahun ini sejak Taufan Al Aqsa telah menjadi satu fenomena global.
Bengkel ini adalah sebagai usaha memantap dan mengukuhkan strategi kempen advokasi Palestin di kalangan pengamal dan aktivis media sosial, dengan berlandaskan ilmu dan maklumat yang tepat supaya tindakan-tindakan dalam kempen terjaga dari segi konsistensinya.
Bengkel ini dikendalikan oleh pasukan SMART171, sebuah NGO Indonesia yang mengemukakan solusi dan program pemerkasaan aktivis pembebasan Palestin menerusi program yang dinamakan Workshop Advokasi PALESTINA (W.A.P). Pengendali bengkel ini rata-ratanya adalah mereka yang berpengalaman dalam jurnalisma dan diketuai oleh direktur SMART171 sendiri yang merupakan pensyarah dalam bidang komunikasi.
Workshop ini untuk anda, jika:
✅ Mahu tahu masih banyak cara bersuara untuk Palestin
✅ Mahu kerahkan potensi anda dalam usaha pembebasan Palestin
✅ Sudah tidak sanggup lagi duduk dan tunggu Palestin Merdeka!
